Ramstiene's posts with tag: lawak bodoh

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag lawak bodoh
Blog EntryIsterikuOct 11, '07 5:08 AM
for everyone
Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang .... ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!

Blog Entrystill virgin!Sep 18, '07 12:54 PM
for everyone

A Breaking News from CNN


A 90 year old Japanese woman was found dead but was confirmed still VIRGIN!!!

Her name was...











"Takasimasuk"

Blog EntrySALAM DI PERANTAUANSep 18, '07 12:42 PM
for everyone

Dikeretan akhbar hari ni seperti biasa kalu dah dekat2 pose ni..ramai la buat "SALAM PERANTAUAN"..ala orng pie oversea tuh...nak buat ucapan Hari Raya....

"Family pertama":

Saya Mohd Cili bin Padi serta keluarga dari united kingdome inggin menyampaikan salam Mak Ayah dikampung dgn ucapan.."makan rendang tenggiling tuh jgn lupa anakanda kat U.K ni yer mak..Sembah salam dari anakmu yang jauh di mata"Waaaaaa....waaaa....

 

"Family kedua":

Saya Soud bin Mariapa serta keluarga dan anak-anak..mengambil kesempatan ini memohon Ampun dan maaf kepada mak mertua dan keluarga saya yang berada di bentong serta keluarga Mohd Nazri bin Nawang dan adik beradik saya,belah mak mertua dan belah saya jugak dan tak lupa jugak kedai mamak belah belakang spital tuh...dgn ucapan..cuaca kat sini sejuk la mak tapi kengkadang hujan maklumlah kat 'oversea" la katakan..Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin..yang jauh dimata

dari"GENTING HAIGHLAND"PAHANG.........

 

kuang...kuangggg...kuangggggg....

Blog EntryKuah saja boss...Sep 18, '07 12:42 PM
for everyone

Kejadian ini berlaku di antara seorang bos berbangsa cina dan pekerja nya berbangsa melayu.

Bos : ajo, mali kita makan? 

Ajo : ok2..jom..tempat mamak biasa ok bos?

Bos : aiyaa..hali hali makan mamak..boring woo..hali ni kita makan kedai cina..

ajo : mana boleh bos,haram..

bos: aiya..tak pa..u order air saja..makan, lu singgah mamak tapau..hah?

ajo: ok2..

sampai di kedai cina,bos ni pun order la sup babi( pork soup)

bila sampai, baunya memang semerbak..terliur jugak la si ajo ni..

sambil makan mereka bersembang..si ajo ni pulak memang tak tahan, lapar sangat..

tetiba dia mencapai sudu lalu mencedok di dalam mangkuk sup tersebut.

bos: oi ajo,itu sup babi maa...u mana boleh makan..

ajo : takpaaa...saya minum kuah sajaaa...


Blog EntryDo whatever you want does not mean itSep 8, '07 10:01 AM
for everyone
<img src="http://media.funlol.com/content/img/do-whatever-you-want.jpg" border="0" alt="Funny Pictures"><BR>Funny Pictures</A>

Blog EntryKeg stand gymnasticsSep 8, '07 9:59 AM
for everyone
Funny Pictures
Funny Pictures

Blog EntryKuih Donut dan KopiAug 30, '07 1:56 PM
for everyone

Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa melayu telah berhijrah ke Malaysia...

Ia mencari pekerjaan.. sebelum berhijrah teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih donut dan kopi" dalam bahasa melayu agar ia dapat memesan makanan sendiri.

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

"Nak makan apa?" tanya pelayan.

"Kuih Donut dan kopi," kata Micheal.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar untuk mengucapkan "roti daging".

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke restoran dan terus memesan,

"Roti daging."

"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal


Blog EntryTiga sahabat sejati tak sejiwaAug 30, '07 1:52 PM
for everyone

Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gongok.

Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2.

Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... si kodok berkata : "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "

Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"

Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"

Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "

Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....

Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"

Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"

Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.

Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"

Kura2: "Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"

Katak: "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.

Kura2: "Hah tu pon dia..!"

Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"

U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"

Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"

U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"


Blog EntryPakcik tak boleh bacaAug 29, '07 6:41 AM
for everyone
Suatu hari, seorang pemuda sedang bersiar di taman dan terlihat

seorang pakcik sedang membelek-belek akhbar..tanpa membacanya..

Seolah-olah tidak nampak jelas isi akhbar itu..

Tetibe..pemuda tu pun menghampirinya..dan bertanya..


Pemuda: " Assalamualaikum pakcik..boleh baca ker..?"

Pakcik: Walaikumsalam nak..tak boleh baca nie..

Pemuda : Kesiannyer..sini ikut saya..

Pemuda tersebut membawanya ke kedai optometris dengan niat nak buatkan

spek untuk pakcik tu..(murah hati)

Sampai kat kedai tu..dah bermacam degree spek yang ditry..masih jugak pakcik

tu kata.."..tak boleh baca.."


Pemuda : " Apa jugak sebenarnyer masalah pakcik nie..?"

Pakcik : Pakcik takder masalah nak..memang pakcik tak boleh baca..BUTA HURUF

ddaaa...!!"

Blog EntryPak Pandir dan TaikAug 29, '07 6:40 AM
for everyone
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Blog EntrySiapa lebih bodoh?Aug 29, '07 6:39 AM
for everyone
Dua orang Datuk ahli perniagaan telah membuat perbincangan di sebuah hotel ternama. Sebelum mereka berbincang mengenai perniagaan, mereka berbual kosong mengenai diri masing-masing.

Datuk A : Datuk B, saya ada masalah sikit sebab driver saya tu bodoh sangatlah.
Datuk B : Datuk A, driver saya lagi bodoh.
Datuk A : Kalau begitu kita panggil driver kita, tengok siapa yang lebih bodoh.

Datuk A pun memenggil drivernya masuk ke bilik.

Datuk A : Mat, kau ambil duit RM10.00 pergi beli sebuah Mercedes mata belalang!
Mat : Baik datuk (terus keluar bilik)
Datuk A : Tengok! macam mana bodohnya driver saya.
Datuk B : Itu tak berapa bodoh, driver aku lagi bodoh, Datuk A tengoklah nanti.

Datuk B terus memanggil drivernya supaya masuk.

Datuk B : Abu, kau balik rumah saya sekejap, kau tengok ada tak saya kat rumah.
Abu : Baik datuk (terus keluar)
Datuk B : Datuk A tengoklah, saya tercongok kat sini dia tak boleh fikir.

Kedua-dua driver tadi bertemu di lobi hotel.

Mat : Abu, Datuk A tu bodoh betul laa... ada ke dia suruh aku beli mercedes mata belalang, kan hari ni hari minggu, kedai semua tutup.
Abu : Datuk B lagi bodoh, dia suruh aku balik tengok dia ada tak kat rumah? Dia ada h/phone, sepatutnya dia telefon aje lah.

Blog EntryBurung SPESELAug 29, '07 6:38 AM
for everyone
Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..

Si isteri bertanya..pada si suami..

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"

Suami menjawab..

" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

Blog EntryKisah Mat Salleh dengan AwekAug 29, '07 6:37 AM
for everyone
Pada satu hari,ada la seorang awek ni kan terlanggar seorang mat saleh, lepas tu apalagi dia pun minta maaf dengan mat salleh tu begini:

-awek : I'm sorry….
mat saleh: I'm sorry TOO…
(awek ni jawab balik)awek : I'm sorry THREE…
(mat saleh tu dalam kebingungan dan bertanya)mat saleh:What are you sorry FOR ???
(awek ni pun jawab lagi)awek : I'm sorry FIVE….(mat saleh tu pun dalam kebingungan dan terus bertanya…mat salleh tanya lagi : ARE YOU SICK?
awek dengar mat salleh macam nak marah aja..awek pun jawab: I'm sorry SEVEN….
mat salleh tanya lagi: You must be having Stomach ACHE…
awek jawab : Im sorry NINE..
mat salleh naik panas terus jawab : Im sorry TEN…..

Blog EntryFakta Sejarah yang tak tertulis di duniaAug 29, '07 6:35 AM
for everyone
FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
TalibanTaliban Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

FAKTA 6: Karam Sinkh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia. Kui...kui...kui...kui...kono...kono..

Blog EntryHantar SuratAug 29, '07 6:35 AM
for everyone
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa TU?"
"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah TU?"

Blog EntryPak Pandir dan pokok ubi kayunyerAug 29, '07 6:34 AM
for everyone
Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

Blog EntryPak Pandir dan Ikan KeliAug 29, '07 6:33 AM
for everyone
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak d**ecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: %*&^*&#@

Blog EntryEhwan dan 100 ekor ayamnyaAug 29, '07 6:30 AM
for everyone
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)."
Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan."

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak
buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk me ngetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....." 

Blog EntryKaki Penipu - Dah Nak mati pun nak tipu lagiAug 29, '07 6:28 AM
for everyone
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini,dia ada.
Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu
hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga,tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam(orang belanja of course), exercise tarak,satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku.
Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku
bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu
bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula,"
jawabnya lagi.Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah
agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul,Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.Untuk terakhir kali, siisteri menghampiri Hj.Teepo."Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,
"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan.Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal.Taklah nanti
mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong.
Nak kelentong Malaikat pulak tu.....
Ambik le iktibar....

Blog EntryPakcik dalam tandas perempuanAug 29, '07 6:27 AM
for everyone
Ada sorang pakcik masuk tandas pompuan. Apa lagi semua pompuan yg ada kat situ pun menjerit.

"Pakcik tandas ni untuk pompuan".

Pakcik tu dgn selamba bukak suar dia dan berkata, "ni pun utk pompuan" censored.gif

Pages:12
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Modified from Mediterranean by John Whittet.
Originally on the CSS Zen Garden.
Used and Modified with permission from the author.