Ramstiene's posts with tag: lawak politik
1. Buka site google.com 2. Taip failure 3. Lepas tu korang klik kat "i'm feeling lucky" button 4. Tengok ape site yang dia loadkan.. 5. Memang kena sangat laa tu..muahahaha..
Sewaktu Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini.. dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaikisebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba2 berkata..."Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini.. saya pasti tunaikan.." "Well", kata Bush.. "Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. kalau saya mahu keluar kemana-manapastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri.. tapi tidak pernah mendapat melakukannya." "Wah," kata pemandu.."Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.." Dan kemudian merekapun bertukar tempat. Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama.. Bush lupa untuk berhenti di lampu merah.. Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Bush..dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya. "Tuan.." kata Polis itu"Saya baru saja menahan seorang pembesar." "Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?" "Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita" "Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?" "Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi." "Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan. "Tidak tahu Tuan.." jawab Polis. "tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Bush!"
- DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
- DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar
- DUN yg paling panas , DUN Pedas.
- DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
- DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
- DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
- DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
- DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
- DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
- DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
- DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
- DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
- DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
- DUN banyak air , DUN Ampangan
- DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
- DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
- DUN paling bahaya , DUN Baling.
- DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
- DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
- DUN ada binatang , DUN Kijang
- DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
- DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.
Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."
Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."
Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."
Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."
Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."
Ada seorang menteri perdana... bini meninggal dah agak lama... tangan dia pun kerap meraba.. teraba ketiak anak cina,,,
terdengar pula khabar berita,, isteri mamanda timbalan menteri perdana.. awatlah dia dok sangat merela...( merela = miang terlampau) dengan hero bollywood dia dok asah muka....
itu seorang menteri india mari... kerjanya naikkan tol tak henti-henti... macam la malaysia ni pak dia punya negeri hantar balik...bagi dia bawak lori...
ada menteri bini tak cukup baju.. asyik dok berkemban selalu.. orang lain tengok tak ke haru? mesti naik anu si anu.....
sorang lagi bini pompuan melayu... pompuan melayu terakhir...lah konon.. punyalah pandai kalau pasai merayu.. sampai menteri tu kena samun..( samun harta lah...)
ada menteri gila judi... hari merdeka dia keluaq negeri perabih duit berguni-guni.. berjudi pandai...tapi menang tak reti..
ada menteri Gerakan dia ketuai.. waktu dia bercakap jangan kita dekati.. takut terkena ayaq lioq basi.. minum arak..dia gemar sekali...
ada menteri besaq punyalah garang... tapi negerinya besaq biawak punya sarang.. kalau bercakap kuat temberang.. semua pasal Islam dia serang..
ada bekas menteri perdana... dia pencen sudahlah lama.. tapi gila nak balik berkuasa... dok serang paklah berjela-jela..
banyak lagi kisah menteri... semuanya gila cari rezeki.. rezeki haram masuk poket sendiri.. bagi makan anak bini...
tu yang anak dan bini tak menjadi.. sebab rezeki tak diberkati.. takutlah sikit wahai menteri.. Malaikat maut cari...mana lu mau lari..?.......
Berceritalah si pencuri, nama aku Dr E, aku bukannya ader belajar tinggi-tinggi, kerja kerajaan atau swasta bukan aku bleh jadi, bapak aku pun bukanyer ader harta sana sini, dier cuma bawa teksi, nak minta kerja kuli, takder tauke nak bagi, tauke kata dier tak percaya kat muka aku ni, nak buat camna, dah aku nyer personaliti, muka cam pencuri..
Katannya lagi, aku pun nak jadi ahli komuniti, tapi bila takder punca rezeki, asyik kena caci maki, aku pun nak buat bisnes sendiri, aku mana ada modal, semua kena beli, nak pinjam wang ngan bank atau instituisi, sapa nak bagi, dah muka cam pencuri, cubalah pinjam kat ceti, mak aii bunga dier lagi tinggi, aku tak mau jadi hamba abdi, bayar bunga hari-hari, nanti takder hasil ntah mana pergi, along lintah darat, eiiii geli...
Katannya lagi, sistem kapitalis aku cukup benci, makan riba tak henti-henti, money, money, money, tulah yang semua orang cari, dah yang berkuasa tutup mata sebiji, takpun depa punya share belakang mari, klau tanya puan zeti, mesti kata, eh bagus kita nyer ekonomi, kita kan negara demokrasi, semua tu import dari uncle sam oversea, dier memang kaki buli, mentang2lah dia besar cam gergasi, kini meraka bawa helah globalisasi, tak kira bush,kerry atau hillary, sapa jadi kepala pun kita yang rugi, walau kita pandang ke timur beli mitshubishi, oltromen kat jepun pun naik naza bestari, bijak juga si pencuri ini, kata pengarang dalam hati...
Kata si pencuri lagi, harga barang makin mahal setiap kali, harga minyak 63 dollar setong kini, sapa nama itu menteri, itu mister sami, dah naikan tol ntah berapa kali, aiyoo lepas nih badan sudah jadi macam lidi, dah tak mampu makan mcD atau kfc.... bukanya aku takder perut dan hati, perut lapar hati pun sedih, tulah pasal aku jadi pencuri, bukannya aku culik awek guna serbuk cili, klau ye pun sudah pasti baba's bukan adabi, bukannya aku rompak guna senjata api, bukannya aku hijack bas mini, bukannya aku haruan makan anak sendiri, bukannya aku tipu nak pancing undi, bukannya aku jual pirate punya CD, bukannya aku macam ayah pin ader ramai bini, bukannya aku kencing berdiri, aku cuma mangsa situasi, bukan ku pinta lahir begini, dah takdir ilahi.....
Kata si pencuri lagi, fuyooh dia pandai philosofi, bagilah kucing emas lima lori, dia mesti nak ikan satu kati, bagilah monyet emas lima lori, dia mesti nak pisang satu peti, bagilah aku, semua aku bawa lari, kucing ngan monyet sekali, apa aku peduli, aku ader anak bini, nak bagi makan setiap hari, terpaksalah aku curi, janji perut diorang terisi, kalau nampak polisi, aku pun cabut lari, sampai sungai besi, duk kat situ pura-pura main guli, klau kena tangkap nanti masuk tv, ni dia pncuri twenty-first-century, tapi edisi siasat tak cukup berani, nak bongkar rahsia aku si pencuri, kerana aku ada kuasa ghaib dan misteri, habis sudah aku merapu merapi, hihihihi.....
Eh korang ni bukan puisi, cuma cerita si pencuri, tiada kaitan ngan yang hidup ataupun mati. Sekian terima kasih.
Didalam kelas murid darjah kelas tiga saorang guru cuba bertanya murid nya tentang pengetahuan am. Rajoo cuba jawab siapa pemimpin orang india di negara kita? Rajoo menjawab."Datok Sami Belu!" Bagus kata guru . "Apa parti yang dipimpin-nya?" Rajoo menjawab.."M..I..C". Bagus! kata guru .."dan apa makna M.I.C?" Dengan pantas rajoo menjawab.."Mentri Indian Contractor" Guru Rajoo terbatok batok mendengar jawapan Rajoo.
| |