Ramstiene's posts with tag: lawak romantik
Ikutilah kisah yg penuh tragedi ini.....
Tersebutlah kisah pada satu ketika tak lama dulu.. Ada la sepasang merpati sejoli ni.. Yang lelakinya nama Fauzi, yang pompuan nyer lak nama Rita..... (dua2 nih nama samaran maa..) Kisah percintaan mereka ni start masa mereka kat skolah menengah lagi..
Kiranya masa kat skolah tu orang kata depa ni one of the hot couple la.. Rita ni nak kata lawa tak la jugak, tapi kira gadis kampung la.. ada daya tarikan tersendiri.. begitu gak dengan Fauzi nih..
Tot tet tot tet... masa berjalan dan sampailah kepada mereka tamat spm dan abis skolah...
Nak dijadikan cerita,keputusan spm pun kuar dan Fauzi kira lulus elok la berbanding Rita yang cukup2 makan je nih.. Dan kebetulan ada rezeki Fauzi, dia ditawarkan belajar kat oversea selama 4 tahun.. Punyalah mak bapak Fauzi ni gembira sebab anak dia membanggakan keluarga.. Fauzi pun gembira la gak sebab tak sia-sia usaha dia belajar selama ni... Tapi satu je yang sedih.. Fauzi ni terpaksa la berpisah dengan Rita..
Memang diorang sedih giler nak hadapi perpisahan yang sementara nih.. Pujuk punya pujuk, bincang punya bincang, etc,.. akhirnya Rita tabahkan hati jugak untuk lepaskan si Fauzi ni pergi jauh dari dia demi masa depan mereka sebab Fauzi dah janji yang bila dia abis belajar, balik Mesia dan dah ada kije yang bergaji besar nanti, dia akan terus pinang Rita dan ajak nikah terus.. Punyalah sayang si Fauzi ni kat Rita..
Sampailah masanya Fauzi berangkat ke luar negeri.. Bagai nak rak Rita ni nangih sebab sedih nak berpisah... 4 tahun lak tu.. Lepas pada tu, diorang selalu la lepas rindu dendam kat surat... nak tepon slalu pun bill mahal beb.. kang tak pasal2 kena main saham free ngan syarikat tepon.. heh...
Masa demi masa berlalu.. si Rita yang dengan sijil spm yang cukup2 makan pun dah mulai bekerja di salah sebuah kilang kat kampung dier..dalam masa dia kerja tu, banyak la kawan yang dia kenal... termasuklah sorang mamat nih.. baik punya baik, akhirnya hati si Rita terpaut pada mamat nih sebab mamat tu pandai ambik hati dia dan sekaligus dapat lupakan ingatan rindu dia kat Fauzi.. tak lama lepas tu, si Rita ni hantar surat kat abang Fauzi dia, mintak break.. tercengang2 jadiknya si Fauzi atas apa yang berlaku..
memang tanpa sebab tetiba jea Rita mintak clash.. dah la masa tu dia nak exam final.. tak tentu arah dibuatnya.. nasib baiklah Fauzi ni jenis tabah dan cepat boleh paham keadaan atas apa yangberlaku.. dah Tuhan dah kata takde jodoh diorang nak wat camner kan.. dia pun dah nak grad tak lama lagi.. so,nanti balik Mesia boleh siasat keadaan..
Yang si Rita ni pulak... akhirnya tertipu dengan mamat tu.. rupa2nya mamat tu dah pun kawin dan ada anak.. punyalah sedih hati Rita.. ingin sekali dia kembali kepada Fauzi, tapi apakan daya, perpisahan mereka pun dia sendiri yang mintak.. rasa malu jea nak mintak sambung balik..
Tapi si Rita ni tak tau yang sebenarnya si Fauzi ni setia.. giler2 punya setia.. dan sedar tak sedar tak lama je lagi Fauzi dah nak balik mesia.. dah grad..
Balik mesia, Fauzi pegi jumpa Rita, nak tau cerita sebenar kenapa Rita ni boleh buat keputusan camtu.. masa gi jumpa Rita tu, Fauzi ni bawakla gitar kapok kesayangan dia, sebab nak tunjuk skill kat Rita yang dia dah terer main gitar..
Diorang pun jumpalah kat taman permainan berhampiran rumah Rita.. Dalam pada nak menyampaikan perasaan dia kat Rita nih, si Fauzi main la gitar kapok dia... dan nyanyikan lagu Mr.Big, kumpulan fav. dia kat Rita.. greng.. greng.. greng..
HOLD ON LITTLE GIRL.. SHOW ME WHAT HE'S DONE TO YOU STAND UP LITTLE GIRL.. A BROKEN HEART CAN'T BE THAT BAD WHEN IT'S THROUGH,IT'S THROUGH FATE WILL TWIST THE BOTH OF YOU SO COME ON BABY COME ON OVER LET ME BE THE ONE TO SHOW YOU
I'M THE ONE WHO WANTS TO BE WITH YOU DEEP INSIDE I HOPE YOU FEEL IT TOO WAITED ON A LINE OF GREENS AND BLUES JUST TO BE THE NEXT TO BE WITH YOU..
"Errr.. abang.. Rita nak bagitau sesuatu nih.." kata Rita.. si Fauzi buat derk jea.. malah dia sambung nyanyi lagi..
BUILD UP YOUR CONFIDENCE SO YOU CAN BE ONE TOP FOR ONCE WAKE UP WHO CARES ABOUT LITTLE BOYS THAT TALK TOO MUCH I SEEN IT ALL GO DOWN YOUR GAME OF LOVE WAS ALL RAINED OUT SO COME ON BABY,COME ON OVER LET ME BE THE ONE TO HOLD YOU...
"Abang..!!! ..dengar la ni...!!".. kata Rita lagi.. Fauzi tersentak dan terus berenti main gitar kapok dia..
"Apa dia.. ??" Tanya Fauzi..
"Errrrrkkkk..... Rita tak pandai Inggelish la....spm pun fail.."
PENGAJARAN MORAL : CINTAILAH BAHASA KITA... DAN BELAJARLAH BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PERANTARAAN..
Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu. "Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut PakTam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.
Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku hanya mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.
Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk menguji isteriku.
"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari- jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...
"Kringggggg...."
"Tik..tik..tik..tik..."
"Kring.. kring..kring.."
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru, Jangan gopoh- gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. Ikhlas dari : Pernas of 03/06, UUM.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah.Baru jer nak Intro, blum baca doa lagik..huhuhuhu.... dengki la diorang kat aku sebab dah kawin...
TAMAT
Dalam keheningam malam penuh syahdu, a ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yg lain - paham2 je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati a ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.
Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.
Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"
Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"
Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli.
Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun ber! kata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,
"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"
Moral cerita : Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..
Kisah Kasih Suami Pada Isteri Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu." " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"
"Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . .
"Hello?" "Abang, nie sayang nie," "emmm . . " "Abang masih ada di kelab lagi ke? " "Iya." "sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, boleh ke sayang beli? "Berapa harga nya?" "Cuma $1500.00 aje" "O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu. ."
"Berapa harga yang dia bagi?" "Cuma $280,000 ..." "O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..." "Apa?" "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!!
Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang , berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.
" Berapa harga yang mereka minta?" " Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. "
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too . . "
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa? Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya. Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.
Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.
Si pencari kayu berasa sedih kerana satu satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.
Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari pari dan bertanya pada si pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.
Pari pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari pari. "Bukan... . ", jawab si pencari kayu ringkas.
Pari pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?" tanya pari pari lagi. "Bukan yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari pari turun kedalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err. . mungkin yang ini?", duga pari pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab sipencari kayu jujur. Akhirnya pari pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu. "Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari pari memberi kesemua ke empat empat kapak kepada si penc! ari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.
Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul.
Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta.Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih beliau berkata, "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul timbul. . .
" Dengan segera pari pari turun ke dalam sungai kembali bersama samanya Siti Nurhaliza. "Ini isteri tuan hamba?", tanya pari pari menduga.
"Yes. . yes", jawab si pencari kayu. Pari pari begitu marah, "Penipu, pembohonggg. . . . ,nah terima laa. . .",
Belum sempat pari pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, "Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham.
Jikalau hamba berkata "TIDAK", tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Waheeda.
Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata "YA", tentu tuan hamba akan memberi ke empat empat mereka. Mana hamba larat, hamba ni hanya si pencari kayu sahaja...
Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...
Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."
Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."
Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."
Isteri: "Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.
Hadi: "Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu.."
Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku istrinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.
Dengan jengkel suaminya berkata... "Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang istri, "Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."
Kwang kwang kwang....
Hello sayang... Kenapa sayang tak nak angkat telefon bila abang call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lama2 sangat.. betui... abang tersangatlah rindu kat sayang... .. walaupun muka abang ni agak macho dan comel... . janganlah sayang jeles kat abang kalau2 ada awek lain yang asyik pandang2 dan senyum2 kat abang masa kita pergi dating... . biasa la itu... Apa... tak muat kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... Kenapa la tak muat pulak... . janganlah sayang risau... . duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok2 abang bayarla balik kat sayang... .. sayang pun sedia maklum... .abang bukannya tak ada duit.. tapi duit tu abang dah belikan graphic card baru kat pc abang... . RAM pun abang dah beli yang baru... tambah lagi sekeping... kasi power sikit... . tu belum masuk nak tukar harddisk baru lagi tu... . abang tau sayang marah sebab abang yang selamba katak saja melompat longkang depan kedai apek tu tadi tanpa menunggu sayang melintas titi... . bukan abang tak gentleman.. tapi abang cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana... maafkan abang... tobat, lain kali abang tak buat lagi... ... . Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi... sorry la... abang ingatkan nak test saja mee goreng sayang itu... . soksek..soksek... masa sayang pergi toilet.. tak perasan pulak..dah habis... sedaaaaaaappppp... .!! tapi kan abang dah ganti dengan roti canai kosong abang?? tak sedap ke roti canai kosong tu udah lah tu... . janganla merajuk lama lama... Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abang pinjam jaap henset sayang... nanti abang tukaq la balik... . sayangkan ada handbag besar.. senang nak simpan henset abang yang besar tu... Hehehehe .. henset sayang kecik... boleh abang simpan dalam kocek abang... ... ... Betuuuul... ... ! semalam abang dah booked tiket cerita Salon itu... . abang ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... .. pasal tu la tiket dah habis... .. lagi satu... . sampin dan songkok ayah sayang yang abang pinjam untuk hari raya aritu... kira pinjam terus la yee... . boleh jugak guna masa hari nikah kita esok2... .. bukan abang tak nak beli baru... tapi sayang la... benda elok lagi... . buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jangan bagitau kat ayah sayang pula... .. ayah sayang sure tak perasan punya sebab nanti abang dye la sampin tu dengan warna lain... . buat masa ni motor abang masih dalam wokshop.. entah apa entah pomen tu buat tak siap2 lagi.. jadi Gen2 sayang ni... kira abang pakai dulu la yee untuk pergi kerja... . sayang bukan tak tau... tempat kerja abang kan jauh... . sayang pergi kerja naik LRT pun bolehh... .. lagi satu... besok sampai kat opis sayang nanti... ..sayang tolong bank- inkan RM300 kat akaun abang ye.. bukan apa... ... Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyak betuii... . motor kapcai abang pun tak begini... ... . okeyla sayang... ... dah cakap lama ni... .. jangan lupa top up kan prepaid abang nii... ... esok2 senang abang nak call sayang lagi.. bye-byee... .
Shopping Awal Perkahwinan Isteri : "Jom kita pergi shopping" Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Jom kita pergi shopping" Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."
Penghujung perkahwinan Isteri : "Jom kita pergi shopping" Suami : "apa la shopping, buat habis duit jer.."
***
Makan Awal Perkahwinan Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.." Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.." Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.." Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"
***
Anak Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang mengandung.." Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Abang tolong buat susu anak.." Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.." Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."
***
Kerja Rumah Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.." Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.." Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.." Suami : "Awak tak boleh buat keee.."
***
Hadiah Awal Perkahwinan Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?" Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?" Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?" Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."
***
Masak Awal Perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai masak.." Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai masak.." Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan Isteri : "Ayang tak pandai masak.." Suami : "awak ni memang pemalas.."
Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata-kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku... Kasihku... dan seumpamanya.
Kamal memandang Mizal dan berkata,"Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."
Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."
Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil.. Azura dan Zack saling cinta mencintai..
Setelah Besar... Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang penganggur.. Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon..hinggalah 2 tahun kemudian... Zack tidak lagi menghantar sebarangberita...
Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah...
Setelah lebih 5 tahun... barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang...
Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya...
Semasa menunggu Zack di lapangan terbang... Tiba-tiba bahu Azura di tepuk seseorang. Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju biru ketat.
"Kamu Azura kan?" tanya gadis Cun itu... lantas menyambung... "Kenalkan aku Zakiah... .! Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagi dengan Zack. Lupakanlah dia... .." tegas gadis tersebut
Azura pucat dan hendak menangis... "Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. kau sakitkan hati ku lagi... " marah Azura..
Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata... .
"Bawa bertenang... ini akulah ... .Zack!!! nama baruku Zakiah. Auwwww... ."
kwang,kwang,kwang... ... ... ... ...
Pada suatu hari, hendak terjadi hal, si suami terlupa akan birthday isterinya. Si isteri terkilan dan esoknya isteri x gosok baju suaminya, x sediakan bfast & x salam suami dier. Suaminyer plak rasa terkilan
Kirenyer diorg gado sampai lebih seminggu dah, & si suami tu pon amek pendekatan bengong, die x cakap ngan isterinyer dah tp berkomunikasi secara note je. Die tulis atas kertas, die bg suami die bace.
N satu mlm, suami tu tulis note kat isteri dier, 'YANG, TLG KEJUT ABG KUL 6.30 PG YER, ADE MESYUARAT TERGEMPAR SOK'. Isteri die menganguk..
Kringg!!! Kringg!! Kring!! Bunyi alarm bunyi. suami tu pon bangun, die tgk jam, dah kul 9.00 pg. Dgn tensennyer die kalih ke sebelah, isteri die xde, tapi ada kertas atas katil, die amek lalu bace.. 'BANG, BANGUNLAR BANG, DAH 6.30 PG NI, NANTI LEWAT. BANG, BANGUNLAR..'
Suami pon bermonolog dalaman pada dirinya 'ampeh...'
Sebelum Tido:6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach. 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah. 6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 6 bulan: Masih lama lagi ke nih? 6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!
Balas SMS:6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.. 6 bulan: Trafik jam aah 6 tahun: K..
Dating process:6 minggu: I love U, I love U, I love U. 6 bulan: Of course I love U. 6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerje:6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih... 6 bulan : I'm BACK!! 6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni 6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah 6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
Telefon:6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih 6 bulan: Eh... Your call... 6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!! 6 bulan: Kita makan apa malam ini?? 6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh 6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh. 6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu 6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi? 6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey? 6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight... 6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini? 6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah. 6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..
| |