Ramstiene's posts with tag: lawak umum

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag lawak umum
Blog EntryAyat2 poyo yg artis Malaysia cakapSep 18, '07 12:53 PM
for everyone
Calon pertama: CHEF WAN
"Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke 
sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk
berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah
seperti aerobik?",

Calon kedua: MISHA OMAR
"Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali
ini, dapat berduet ngan abang jamal".

Calon ketiga: SYANIE
"Syanie...apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan"...
Jawapan dari Syanie.."Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai.....".

Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
"Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita
berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956," jawab salah
seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan
khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri "Bersama Norman" yang
disiarkan di TV1.
 
Calon kelima: FIZA
"Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan"
 
Calon ke enam: anita sarawak
"Petua kecantikan saya baca selawat setiap kali basuh muka"
 
Calon ke tujuh: IFA RAZIAH
"Tak ade lah.. amik air sembayang je" - menjawap soalan kenapa muka nampak berseri-seri
 
Calon ke lapan: JESLINA
saya pakai baju seksi2 kerana malaysia ni panas...hehehehe!
 
Calon ke sembilan: ARTIS2 BARU
"saya masuk dunia seni bukan carik glamor"
 
Calon ke sepuluh: INA NAIM
"saya buat buku ni untuk menjelaskan segala fitnah yang melanda saya"
"cinta ptama bang...susah nak lupa".... dan "Jaga mak, jaga mak, jaga mak....."

Blog EntryBuka "CAWANGAN"Sep 18, '07 12:51 PM
for everyone
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu"is one,
"dua"is two,
"tiga"is three (isteri). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh.. tambah huruf  "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Blog Entryoohhh isteriku..Sep 18, '07 12:50 PM
for everyone
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Blog EntryBelajar speakingSep 18, '07 12:49 PM
for everyone

Pada suatu hari yang hening lagi indah, Azman mendapat berita gembira bahawa anak beliau akan pulang daripada belajar di luar negara..

Azman:Pekabo nak...dah lame bpisah ye..
Anak beliau: ya, pak
Azman:seronok bebeno ye kamu belajo kat sane ...musti pandai cakap omputih...
Anak beliau:Ya!Pak tanye je ape yang pak nak tanye
Azman:Pen dalam bahasa omputeh ape?
Anak beliau: DE PEN(The Pen)
Azman:Buku pulak?
Anak beliau: DE BUK(The BooK)
Azman:Ooo!! macam tu ye..(*sambil berkata dalam hati-Oo! senangnya cakap orang putih cume kena tambah "de" je ngan ambik 3 perkataan depan je...

Azman pon dengan bangga pergi ke warung tempat beliau selalu melepak..disana dia bersembang dengan sorang kawan die nih...

Azman:Assalamualaikum, Mat aku ade brite bes ni,aku skang da pandai cakap omputih...ko test le haku..
Mat:Ooo..Ya ka...kalau camtu cakap"KAMBING MAKAN RUMPUT" dalam bahasa omputeh..
Azman:Eleh..kacang je tu..ce ni hah..DE KAM DE MAK DE RUM!!!!!!!

Blog EntryLawak hilangkan boringSep 18, '07 12:48 PM
for everyone
1)    Ape beza kacang panjang dengan seluar panjang?
       Seluar panjang kalau dipotong org panggil seluar pendek...
       tapi kacang panjang kalau dipotong tetap org panggil kacang panjang....

2)    Banyak2 mi, mi ape tak boleh makan??
       misai

3)    Batang ape kalau org pegang2 jadi gatal??
       batang keladi

4)    Antara bulan dan bintang, sape anak sape bapak??
       Bulandan-anak, tang-bapak (Bulandan bin Tang)

5)    Ade sorang tu nak naik bas, tambang bas tu 60sen, tapi dia ada 50sen aje, macam mana dia nak naik bas tu jugak??
       Dia buat muka seposen, tambah dengan duit dia 50sen, dapatlah naik bas tu...

6)    Pak Ali ada ladang.. tapi dia nak tanam separuh koko dan separuh lagi getah..dlm 2-2 jenis pokok tu, yang mana tumbuh dulu???
       2-2 tak tumbuh sebab dia tanam separuh aje pokok tu..

7)    Burung ape yan boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk??
       Penguin

8)    Dalam banyak2 katak, katak ape yg boleh bercakap??
       Katakanlahhhhhhh...

9)    Kenapa bila si penggali kubur nak gali kubur tak pakai spender??
       Takkan nak gali kubur pakai spender.. mestilah pakai cangkul!!!

10)   Tempat ape yang pesertanye semua pakai uniform sama...tempat tu pulak tak pernah berkurang orgnye.. tapi bertambah2..
       Tanah perkuburan....

11)   Matanya merah, badannye hijau, jalannya mengundur, taiknye pulak warna kelabu taik anjing... ape dia??
       Lingkaran nyamuk shieldtox

12)   Emak si Katun ada 5 anak, Tuah, Jebat, Lekir dan Lekiu, yang ke 5 sape??
       Katun lah... ngok!!

13)   Macam mana nak pegi haji kalau duit takde??
       Berhenti hisap rokok, kalau simpan duit rokok tu sehari dah RM5, kalau setahun adelah RM1800, tapi kalau 10 tahun dah ada RM18,000...bolehlah pegi haji... takpun duit tu buat renovate rumah ke...

Blog EntryJeruk PelamAug 30, '07 2:02 PM
for everyone
Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 purple menyambut hari guru.

Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka... Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie).

Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat... maka beraturlah memurid tahun 6 purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie.

Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah...ada yang bagi hadiah... selepas bagi hadiah/kad masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.

Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar... lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya...

Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur...semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu..Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa.... Hummm... masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".

.. Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ...

Blog EntryLain padang lain belalang.....Aug 30, '07 2:00 PM
for everyone
1) Lelaki yg sederhana serba-serbi mungkin cakap, ada 4 anak pun cukuplah.. tapi lelaki yang cukup serba-serbi akan kata...ada 4 bini mesti best!

2) Ibu ayam kampung cukup garang & bengis kalau anak die yg baru menetas kene kacau...tapi ibu ayam kat bandar cukup suke kalau 'anak2' die kene usik....

3) Orang yang sentiase ingat TUHAN bangun awal pagi utk SEMAYANG SUBUH..tapi...org yg fikirkan kesihatan bangun pepagi semate-mate nak JOGGING..

4) Anak dara cukup bangga kalau boleh MEMPERTAHANKAN kedaraannya. Tapi anak teruna cukup bangga kalau dapat MEROSAKKAN dara!

5) Orang beriman selalu ingat, HIDUP MESTI MATI...tapi orang yg tak cukup iman cakap.. HIDUP MESTI TERUS...

6) Bebudak sekolah selalu belajar kire-kire dari kosong sampai semilan....TETAPI....orang 'tak sekolah' biase ngan 4 nombor ekor jek......

Blog EntryPertandingan MenyedutAug 30, '07 1:59 PM
for everyone

Satu pertandingan menyedut telah diadakan... di peringkat akhir tiga orang peserta telah dipilih untuk merebut gelaran juara.

Peserta pertama.. sekali menyedut dengan hidungnya.. sebuah motor comel lenyap.. masuk ke dalam hidungnya.

Semua penonton bertepuk tangan dengan meriah......

Peserta kedua pula menunjukkan aksi menyedutnya.. lalu... sebuah kereta GEN.2 disedut ke dalam hidungnya.

Seluruh penonton pun memberikan tepukan gemuruh...

Lalu Peserta terakhir.... penonton sudah tidak memperdulikannya lagi.. ini kerana sudah tidak ada lagi benda yang lebih besar yang dapat di sedut oleh peserta ketiga ini.

Ketika peserta ketiga menunjukkan aksinya.. tiba-tiba terjadi Gerhana Matahari, keadaan pun menjadi gelap-gelita, lalu terdengar suara para Juri berkata.....

" Ini lah dia pemenangnya !!! Lihatlah kita semua sudah berada di lubang hidungnya!!! "


Blog EntryDuitAug 30, '07 1:58 PM
for everyone
Seorang anak telah tertelan duit syiling 10 sen.. lalu dia memberitahu kepada ibunya.. tapi si ibu dengan tenang mengatakan yang syiling tersebut akan keluar sewaktu membuang air besar.

Pada masa si anak ini buang air besar, yang keluar bukan 10 sen tetapi 50 sen. Si ibu pun kehairanan, dia berpikir bila syiling ditelan maka akan keluar lebih banyak. Tanpa pikir panjang.. si ibu pun terus menelan

syiling RM 1.00 dengan harapan akan keluar wang kertas yang mempunyai nilai yang lebih besar.

Pada masa membuang air besar, yang keluar adalah sekeping kertas.... Si ibu dengan senyum membuka kertas tersebut untuk melihat nilainya.. lalu dia memdapati ada tulisan berbunyi..

"ANDA BELUM BERUNTUNG.. SILA CUBA LAGI.."

Blog EntryMelayuAug 30, '07 1:49 PM
for everyone

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "


NUKILAN
Usman Awang


Blog Entryitaliano in englishAug 29, '07 1:51 AM
for everyone

Emma come First. Den I come. Den two Asses come together. I come
once-a-more! Two asses, they come together again. I come again and
pee twice. Then I come one Lasta Time.’

The lady can’t take this any more, ‘You foul-mouthed sex obsessed
pig.’ She retorted indignantly. ‘In this country, we don’t speak
aloud on Public Places about our sex lives.’

Hey, coola down lady, ‘ said the man. ‘Who talkin’abouta sex?
I’m a Justa Tellin my frienda how to spell ‘ Mississippi ‘,’


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Modified from Mediterranean by John Whittet.
Originally on the CSS Zen Garden.
Used and Modified with permission from the author.